Search This Blog

Monday, September 27, 2010

ASAL-USUL PULAU PEMANGGIL

Abdul Rahman bin Jumaat berasal dari Riau, Indonesia. Beliau tinggal di Kampung Belik, Jemaja. Pada suatu petang, beliau mengajak adik-beradiknya berkumpul di rumahnya. Selepas waktu Maghrib, berkumpullah kesemua adik-beradiknya di rumahnya iaitu Tijah binti Jumaat, Perak binti Jumaat, Zainab binti Jumaat, Aris bin Jumaat, dan Duara bin Jumaat. Berkatalah Abdul Rahman kepada adik-beradiknya “Kita tiada kesudahan tinggal di sini. Pemerintah di sini sungguh kejam. Kita perlu merantau dan mencari kehidupan yang baru”. Kesemua adik-beradik beliau bersetuju dengan cadangan abangnya itu. Maka, bertanyalah salah seorang daripada mereka “Kemanakah kita hendak pergi?”. Abdul Rahman menjawab “Nantilah aku akan cari ilham dahulu”. Maka baliklah ke semua adik-beradiknya ke rumah masing-masing

Pada suatu malam,Abdul Rahman tidur dan didatangi oleh seorang nenek tua. Nenek tua itu bertanya kepada Abdul Rahman “Benarkah anak ingin keluar dari Pulau Jemaja ini?” “Benar..” jawab Abdul Rahman. Nenek tersebut menyuruh Abdul Rahman berlayar menuju ke arah matahari terbenam dan akan berjumpa dengan sebuah pulau yang masih belum di didiami oleh manusia.

Abdul Rahman tersedar dari tidurnya. Pada ketika itu sudah masuk waktu subuh. Beliau terus bangun dan menunaikan solat subuh dan berdoa “Ya Allah, benarkah mimpi aku malam tadi memberi petunjuk kepada aku? Aku tidak tahan lagi tinggal di bawah pemerintahan yang kejam ini”.

Abdul Rahman bertekad dan yakin kepada dirinya dan memanggil ke semua adik-beradiknya untuk berkumpul. Beliau berkata kepada adik-adiknya, “Malam tadi aku bermimpi berjumpa seorang nenek tua yang menyuruh kita berlayar ke arah matahari terbenam. Kita perlu berlayar sehingga jumpa sebuah pulau yang belum didiami oleh orang lain. Siapa akan ikut aku ?” tanya Abdul Rahman kepada adik-adiknya. Hanya isteri Abdul Rahman iaitu Mahpidi dan anak-anakya iaitu Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Jemah binti Abdul Rahman dan Seman bin Abdul Rahman yang mahu mengikutnya.

Abdul Rahman bersiap-siap dan membaiki sampan kotaknya. Manakala, isterinya bersiap menyediakan kelengkapan makanan. Setelah semuanya siap,selepas waktu subuh Abdul Rahman bersama isteri serta anak-anaknya pun berlayar menuju ke arah matahari terbenam mengikut petunjuk dalam mimpi beliau. Selama 2 bulan berlayar berbekalkan makanan ubi dan pisang, akhirnya sekeluarga tersebut ternampak sebuah pulau yang sangat kecil seperti buah kelapa. Beliau pun menuju ke pulau tersebut. Selang beberapa hari sampailah beliau ke pulau tersebut yang sudah pun didiami oleh orang. Beliau pun meminta kebenaran untuk bermalam di pulau tersebut. Penduduk pulau tersebut telah mengajak beliau bermalam di rumahnya. Abdul Rahman bertanya kepada tuan rumah itu “Siapakah nama awak? ” Lalu tuan rumah itu menjawab “ Nama saya Mok dan penduduk kampung panggil saya Tok Mok. Saya ketua kampung di Pulau Tioman ini ”

Abdul Rahman terus memperkenalkan dirinya. Abdul Rahman dan Tok Mok berbual-bual sepanjang malam. Mereka menceritakan susah senang kehidupan yang dialami. Abdul Rahman menceritakan betapa sukarnya kehidupan di kampungnya dengan pemerintah yang kejam.

Tok Mok menunjukkan kepada Abdul Rahman arah mata angin selatan dan memberitahu ada sebuah pulau yang masih belum didiami manusia. “ Awak boleh tinggal di situ” kata Tok Mok. “Pulau yang jauh sana sudah ada orang tinggal. Pulau tersebut dipanggil Pulau Aur” tambah Tok Mok lagi.

Pada keesokannya,pagi-pagi lagi Abdul Rahman sudah bersiap dan meminta kebenaran hendak menuju ke pulau tersebut. Apabila sampai separuh jalan, Abdul Rahman berubah hati tidak mahu pergi ke pulau tersebut. Abdul Rahman bercadang untuk pergi ke Pulau Aur kerana bimbang tiada penghuni di pulau tersebut. Berlayarlah beliau hari demi hari. Apabila bertentangan dengan pulau yang kosong, tiba-tiba kedengaran bunyi gong yang sangat kuat di telinga Abdul Rahman sekeluarga. Beliau pun berkata kepada isterinya “Bunyi itu seolah-olah memanggil kita menyuruh kita singgah di pulau itu”. Dengan hati yang ragu-ragu dan ketakutan, Abdul Rahman mengubah haluan sampan kotaknya menuju ke pulau tersebut. Isterinya bertanya kenapa beliau mengubah haluan sampan kotaknya menuju ke pulau itu. Lalu, beliau menjawab “Kita nekad. Kalau untung sabut kita timbul, kalau batu kita tenggelam. Kita mesti singgah pulau tersebut. Kita batalkan niat kita untuk pergi ke Pulau Aur”. Sesudah sampai di pulau tersebut, Abdul Rahman pun mengelilingi pulau tersebut.

Apabila sampai di kawasan pulau tersebut, Abdul Rahman pun mengelilingi pulau tersebut. Memang benar pulau ini tiada penghuni. Abdul Rahman menuju di sebelah arah mata angin selatan. Apabila berdekatan dengan pantai, beliau berlabuh dan bermalam di situ. Abdul Rahman bermalam di dalam sampan kotaknya. Kelihatan suasana sepi sepanjang malam. Oleh kerana terlalu penat, beliau dan keluarganya tidur di dalam sampan kotak. Pada malam tersebut, Abdul Rahman bermimpi di datangi seorang nenek tua sambil berkata “Ha…ha…ha… akhirnya awak sampai juga ke tempat ini”. Nenek tua itu berkata lagi “Awak boleh tinggal di pulau ini dengan bersyarat. Kalau awak sanggup dengan syarat-syarat nenek, awak boleh tinggal di sini”. Abdul Rahman bertanyakan syarat-syarat tersebut kepada nenek. Nenek menjawab “ Syarat yang pertama, nenek tidak suka bangsa asing duduk di pulau ini. Syarat yang kedua, awak mesti bagi upah kepada nenek setahun sekali bunga kembang sebanyak 4 gantang 2 cupak. Awak mesti hantar bunga kembang dan sembahyang di batu ini tiap-tiap tahun”. Nenek bertanyakan sama ada beliau boleh melaksanakan syarat tersebut atau tidak. Abdul Rahman bersetuju dengan dengan syarat tersebut. Nenek berpesan agar beliau tidak mengingkari syarat tersebut. Jika beliau ingkar, beliau akan menerima padahnya. Abdul Rahman berkata “ Ya nenek, saya berjanji dengan nenek akan menunaikan segala permintaan nenek”.

Abdul Rahman terjaga dari mimpinya dan di lihatnya seekor lipan besar menindih sampan kotaknya. Dalam keadaan ketakutan, badannya berpeluh. Isteri dan anak-anakya masih tidur. “ Hai Abdul Rahman, jangan lah awak takut. Ini nenek yang menjelma menjadi lipan menandakan pulau ini terlalu bisa untuk didiami oleh manusia. Awak dah janji dengan nenek untuk menunaikan syarat-syarat yang nenek mahu. Nenek nak balik. Awak boleh mendarat untuk membina kehidupan baru di sini. Ramai manusia ingin tinggal di pulau ini tetapi nenek tidak benarkan. Nenek sudah berjanji dengan Abdul Rahman supaya datang ke sini. Terbukti awak menepati janji. Nama nenek adalah nenek …………………. Jika terdapat sebarang hajat, awak boleh memanggil nenek. Nenek akan menjelma ”. kata nenek. Nenek memberi setongkol kemian dan berpesan “Gunalah dengan cermat dan berjimat untuk anak cucu awak. Apabila perlu, bacalah serapah ini (RAHSIA). Kami panglima hulu balang, penghulu dayang-dayang akan menjelma dalam badan anak cucu awak nanti. Ini pesan terakhir nenek, gunakanlah untuk keturunan awak sahaja. Jika keturunan lain, nenek tidak mahu menjaga lagi”. Lipan besar itu meninggalkan sampan kotak Abdul Rahman dan hilang menuju ke batu berhampiran sungai. Beliau melihat dengan matanya sendiri. Beliau mengejutkan isterinya dalam keadaan berpeluh-peluh. Apabila isterinya terjaga, beliau menceritakan kisahnya kepada isterinya. “Awak ingat tak semasa di kampung, aku pernah bermimpi seorang nenek? Memang sama dengan mimpi aku ini. Memang betullah nenek mengarahkan kita pergi ke pulau ini”.

Abdul Rahman dan keluarganya merapatkan sampan kotaknya terus ke pantai. Beliau pergi ke darat bersama keluarganya. Beliau menunjukkan kepada isterinya tempat lipan besar itu hilang. Beliau berjalan-jalan dari hujung tanjung ke tanjung. Beliau mencari anak-anak kayu untuk didirikan rumah untuk berteduh. Minggu berganti bulan, beliau mencari pucuk-pucuk daun dan buah meninjau untuk di jadikan makanan dan mencari makanan lain dijadikan untuk mengalas perut. Setelah berbulan-bulan tinggal di pulau tersebut, Abdul Rahman bercakap kepada isteri dan anak-anaknya. Beliau ingin balik ke kampung asalnya untuk mengambil adik-adiknya di sana. Isteri dan anak-anaknya membenarkan beliau pulang ke kampung untuk mengambil adik-adiknya.

Pada keesokan pagi, beliau berlayar ke arah matahari terbit seorang diri. Akhirnya, beliau sampai ke kampung asalnya iaitu Kampung Balik Pulau Jemaja. Beliau naik ke darat dan berjumpa dengan adik-adiknya. Beliau menceritakan segala kisah yang di laluinya kepada adik-adiknya. Beliau mengajak adik-adiknya tinggal bersamanya di pulau yang didiaminya. Hanya Tijah, Othman, Perak dan Zainab yang mahu mengikut Abdul Rahman. Aris dan Duara tidak mahu mengikut Abdul Rahman. Abdul Rahman berlayar menuju ke arah matahari terbenam. Bulan demi bulan hari demi hari, beliau sampai ke pulau tersebut. Abdul Rahman bersama adik-adiknya memilih tempat untuk didiami.

Pada suatu hari, Abdul Rahman mengajak adik-adiknya berjalan kampung ke kampung. Beliau berjalan kampung yang terdekat. Abdul Rahman berkata “Kampung ini sesuai untuk menyimpan barang-barang kerana kampung ini jauh. Kampung ini susah untuk orang datang kerana terlalu sulit. Kita namakan kampung ini Kampung Sulit”. Kemudian, mereka ke kampung sebelah dan mendapati kampung tersebut tidak sesuai didiami. Pada pendapatnya, suatu hari nanti orang akan meninggalkan kampung tersebut sebab teluknya tidak berapa molek. Mana-mana pun tidak sesuai kita tinggal. Kita namakan kampung ini Kampung Pak Kalih. Menghala lagi ke hadapan, terdapat banyak batu-batu melanting ke laut. Di namakan tempat ini Teluk Lanting. Seterusnya, pergi lagi ke hadapan. Terdapat banyak pokok-pokok kadur dan di namakan tempat ini Teluk Kadur.

Abdul Rahman mengajak adik-beradiknya berlayar ke teluk sebelah. Abdul Rahman berkata “Teluk ini memang sesuai kita menyimpan sampan kotak kita kerana angin tidak masuk dalam teluk ini. Kawasannya luas dan sesuai kita namakan tempat ini sempena nama sampan kotak kita iaitu Lancang. Maka, kita namakan sebagai Kampung Lancang”.

Mereka meneruskan perlayaran. Maka, jumpalah satu teluk. Teluk ini lain daripada yang lain. Terdapat banyak pokok ketapang. Kedengaran sayup-sayup suara mengilai-ngilai. Abdul Rahman dan keluarganya terjumpa hantu pontianak. Di situ, hinggakan pontianak menjadi manusia. Oleh kerana teluk ini besar, maka di namakan Kampung Pontianak.

Abdul Rahman terus menghalakan sampan kotaknya ke kampung sebelah. Kampung yang mula-mula beliau memijakkan kaki dan didiami oleh beliau. Kampung ini memang sesuai untuk orang berkumpul dan berbual-bual. Memang kampung ini disukai oleh orang ramai nanti. Kita semua kekal tinggal di sini kerana kampung lain tidak sesuai. Di sinilah tempat yang sesuai kita tinggal. Abdul Rahman menamakan kampung ini sempena mengingati kampung keturunan Abdul Rahman dan adik-beradiknya. Abdul Rahman dan adik-beradiknya berketurunan bugis dan silabesi panglima bentan. Dalam bahasa bugis, Buau bermaksud berborak atau berbual. Sesuai dengan kampung ini.

Tambahan pula, terdapat batu besar. Nama batu besar ialah batu nenek. Dinamakan sempena nama nenek dalam mimpi beliau. Ianya sebuah istana yang bersalut emas. Dinamakan kampung ini Kampung Batu Buau. Tetapi, diambil singkatan menjadi Kampung Buau.

Kita namakan pulau ini Pulau Pemanggil kerana semasa berlayar dahulu, aku terdengar bunyi pulau seolah-olah seperti gong memanggil aku ke pulau ini.

FAKTA:

· Pulau Pemanggil telah di rasmikan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1912 iaitu Sultan Negeri Johor.

· Geran pulau ini ada pada cucu Abd Rahman hingga ke sekarang.

Lagenda benar

Wednesday, August 25, 2010

Fish @ Ikan

Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
Terdapat lebih daripada 27,000 spesies ikan, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama:
  • ikan bertulang keras (22,000 spesies)
  • ikan bertulang rawan (800 spesies)
  • ikan tanpa rahang (75 spesies)
Contoh-contoh haiwan dari keluarga ikan :-
Ikan kerapu, ikan ayam
Ikan kerapu keling
Ikan pisang
Ikan kerapu, ikan tambak
Ikan barracuda / sesup
Sotong maban

Ikan Jemuduk, Cermin dll

Ikan Yu

Ikan Yu lagi

Ikan Kerapu Bara

Ikan Kerapu Bara, Kemang dll

 Ikan Kerapu Keling

Friday, August 20, 2010

Filem Panggilan Pulau




Filem Panggilan Pulau merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 4 Julai 1954. Filem Panggilan Pulau diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Panggilan Pulau diarah oleh pengarah S. Ramanathan pada 4 Julai 1954.


Filem Panggilan Pulau merupakan filem pertama lakonan Seniwati Latifah Omar. Pada masa itu beliau baru sahaja berusia 16 tahun dan telah diberi peluang berlakon disisi pelakon-pelakon yang hebat pada masa itu antaranya P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latif, A. Rahim, Saleh Kamil, S. Samsudin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S. Kandarisman dan kemunculan pertama di layar perak Ibrahim Pendek.


Cerita ini mengisahkan Zul (P. Ramlee) bercinta dengan Juita (Normadiah) tetapi dihalang oleh abang Juita (Nordin Ahmad) sehingga suatu hari Zul telah dicaci oleh abang Juita bersama rakannya (Yusof Latif). Akibat daripada itu, Zul membawa diri menjadi kelasi kapal. sehinggalah Zul terdampar di pantai Pulau Kazambo dan berjumpa dengan Latifah Omar anak kepada penghulu Pulau Kazambo (Daeng Idris).


Plot ini mengambar pergolakan ideologi dan nilai dalam masyarakat Melayu yang dipengaruhi gejala ideologi komunisme dan sosialisme di mana pertembungan kelas bawahan iaitu kelas pekerja/buruh dan kelas majikan sama ada tuan tanah, orang bangsawan feudal atau kapitalis. Oleh kerana masyarakat Melayu belum mempunyai kaum kapitalis yang jelas, pertembungan kelas tuan tanah dan feudalisma menjadi isu. Seperti mana filem berikutnya iaitu Antara Dua Darjat,Penarik Becha dan Bujang Lapok.

Saturday, August 7, 2010

Taman Laut Johor - Pulau Pemanggil



Taman Laut Johor terdiri daripada perairan di sekitar 13 pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Goal, Pulau Besar. Pulau Tengah Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tinggi, Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Pulau-pulau ini terletak di timur laut pantai di Negeri Johor dan terletak di antara 8 ke 35 batu nautika dari Mersing. Gugusan pulau dan perairan sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).



Topografi pulau-pulau ini dicirikan oleh pinggiran pantai yang sempit, meninggi ke rabung dan tubir berbatu. Ketinggian bukit-bukit ini boleh dianggarkan menjangkau sehingga ke 600m di Pulau Tinggi. Pinggiran pantai terdiri daripada pantai pasir halus yang dipenuhi dengan lapisan batu dan pantai lanar yang berpunca dari laut. Sebahagian besar pedalaman pulau dipenuhi hutan, dengan pokok buah-buahan dan kelapa memenuhi sekeliling kampung dan rumah-rumah rehat. Pulau-pulau ini didominasi oleh batu-batu granit yang tidak berbeza atau dilapisi bahan enapan Permian yang terdiri daripada phyllite, batu loh dan batu shal atau batu pasir yang tidak penting. Julat saiz batu-batu bergranit ini adalah dari sebesar bongkah-bongkah hinggalah ke batu-batu buntar yang bersaiz kecil akibat dari pendedahan kepada ombak dan cuaca secara berterusan secara luluhawa. Iklim gugusan pulau ini adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim monsun adalah di antara bulan November dan Mac. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar dihubungi dengan bot. Aktiviti ekonomi utama di pulau ini adalah pelancongan dan menangkap ikan. Pembangunan pelancongan sebahagian besarnya bertumpu di Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Pulau-pulau ini berkepadatan jarang, dengan dihuni oleh lebih kurang 370 keluarga.




Kemudahan dan Perkhidmatan


Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.




AMWATERSPORT Pulau Pemanggil


HAMDANI 
0197424881@ 0197213544

Perkhidmatan:
- sewa kayak
- sewa alatan snorkeling
- sewa bot laju
- tour guide
Perkhidmatan tambahan:
- sewa bilik dan chalet
- pakej memancing di unjam
- katering / berbeku

Pakej 6 - 12 orang ( 3 hari 2 malam )
~~RM3500 ( bot besar + makan disediakan di atas bot )
MEMANCING ( siang + malam )
PENGINAPAN ( bilik besar + selesa + pemandangan indah )
SNORKELING ( alatan disediakan )
MAKAN BUFFET + BARBEKU MALAM TERAKHIR
Pakej 1 - 6 orang ( 3 hari 2 malam )
~~RM1800 ( speed bot )
MEMANCING ( siang + malam )
PENGINAPAN ( bilik besar + selesa + pemandangan indah )
SNORKELING ( alatan disediakan )
MAKAN BUFFET + BARBEKU MALAM TERAKHIR

PEMANGGIL RESORT

DAGANG BIN BAHAROM
0137768927
IELA BT DAGANG
0197403225

Pakej 1 bot (12-15 orang)
3 hari 2 malam termasuk penginapan dan makan minum
~~RM3000

Perkara Yang Boleh Dilihat dan Dilakukan

Aktiviti Dibenarkan:

+ Selam scuba.
+ Snorkel.
+ Fotografi dasar laut.
+ Berenang.
+ Belayar atau berkayak.
+ Mendaki bukit/merentas hutan.

Aktiviti Dilarang:

- Menangkap atau membunuh ikan (2 batu nautica dari pantai).
- Menggunakan serampang ikan.
- Mengutip karang, cengkerang dan organisma laut (sama ada hidup atau yang telah mati).
- Mengutip pasir dan batu-batu.
- Memijak atau mematahkan karang.
- Melabuh sauh di atas terumbu karang.
- Mencemar dan buang sampah.
- Memberi makan ikan.
- Membina sebarang struktur di atas air.

Pulau Pemanggil mempunyai beberapa lokasi yang baik untuk berkelah dengan pantai yang putih bersih dan air yang cetek untuk berenang. Dengan cara menaiki bot sahaja dapat mengelilingi pulau ini dan menikmati pemandangan yang indah serta melihat gua dari rekahan batu-batuan semulajadi di laut. Hampir semua gugusan pulau-pulau di Taman Laut Johor mempunyai pantai yang selamat dan cantik untuk aktiviti di tepi pantai. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah mendaki bukit, melihat burung, meluncur, berkayak, menyelam dan pelbagai aktiviti air boleh dilakukan.



Bagaimana Ke Sana? Melalui Jalan Darat dan Laut

Daerah Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan di mana banyak hotel-hotel dan tempat penginapan disediakan walaupun pekannya agak terpencil dan jalanraya ke Mersing melalui kawasan tanah rancangan kelapa sawit yang luas. Laluan masuk utama ke pulau-pulau adalah melalui jeti Mersing. Terdapat perkhidmatan feri dari Mersing ke Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu dan Pulau Rawa (1 jam perjalanan) manakala Pulau Pemanggil dan Pulau Aur (3½ jam perjalanan) perlu ditempah feri lebih awal. Terdapat perkhidmatan feri yang sama dari Tanjong Leman menghubungkannya dengan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi (1 jam perjalanan).

Terdapat juga perkhidmatan bas ekspress dari pekan dan bandar utama ke kedua-dua persinggahan ini. Laluan utama adalah seperti berikut:

• Dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Leman (4 jam) atau Jeti Mersing (5½ jam perjalanan).
• Dari Singapura ke Jeti Tanjung Leman (2 jam) atau Jeti Mersing (2½ jam perjalanan).




Thursday, August 5, 2010

Pemandangan indah di Pulau Pemanggil

Pemandangan dari atas Bukit Buau
Pemandangan dari Batu Sempit ( Tempat line Celcom dapat coverage penuh )
Pemandangan dari Batu Sulit

Pemandangan dari Kampung Pontianak
Pemandangan dari Kampung Sulit
Batu Tergantung dan Batu Camca
Pokok ini pernah diduduki pontianak ( lagenda Kampung Pontianak )
Pemandangan senja
Banyaknya batu-batuan semulajadi
Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil

Tidur di laut

Warung Mak Ngah di sebelah sekolah

Jom mandi laut

Jeti Kampung Buau

Bot-bot yang datang bersinggah
Bukit Buau ( 1 jam 30 minit hiking )
Kehijauan hutan
Pandangan dari Batu Permata ( stesen rehat 1 )
Pandangan dari atas Bukit Buau
Pandangan dari atas Bukit
Banyak pokok kelapa
Seorang guru yang stress terjun kerana tidak dapat pulang ke kampungnya di Kedah
Guru-guru pulau yang stress
Coral 1

Coral 2
Coral 3
Coral 4
Coral 5