Search This Blog

Wednesday, November 7, 2012

PERKHEMAHAN PKK 2012

Perkhemahan Pengakap merupakan acara tahunan bagi SK Pulau Pemanggil setiap kali menjelang hujung tahun. Kebiasaannya murid tahap 2 (tahun 4,5,6) perlu mengikuti perkhemahan ini. Tetapi memandangkan bilangan peserta yang terlalu sedikit, semua murid dimestikan mengikuti perkhemahan ini untuk memeriahkan suasana.

.
 Para peserta badan beruniform Pengakap Kanak-Kanak (PKK) sedang giat mendirikan khemah dan melakukan kerja-kerja mengumpul kayu api, memasak dan membersihkan kawasan perkhemahan.
 Guru-guru menyalakan unggun api untuk menghalau nyamuk
dan mendapatkan bara api untuk memasak.
 Ustaz Nazalrudin dan Ustaz Hafiz sedang  asyik
memerhatikan PKK melakukan aktiviti.
 
Proses membuka khemah untuk disimpan setelah berkhemah di tepi laut.
Pelbagai pengalaman dan ilmu berkelana dapat dipelajari oleh peserta.

Kerja-kerja membersihkan pantai setelah selesai berkhemah penting untuk menjaga kebersihan Pulau Pemanggil yang indah ini.




Taklimat akhir sebelum menamatkan perkhemahan PKK dan post-mortem untuk mengenalpasti kelemahan untuk dibaiki di masa hadapan.

;-) Sekian...