Search This Blog

Thursday, June 28, 2012

AKTIVITI - AKTIVITI KETIKA BOSAN


Mat Pit (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemikir yang suka memikirkan apa yang dapat dilakukan ketika bosan semasa waktu senggang sewaktu berada di Pulau Pemanggil. Antara aktiviti masa lapang yang sedang berjalan ketika ini ialah pembinaan 'pelenggaq' yang dijangka siap dalam tempoh setahun (siap pada November 2012) dan gali perigi yang dijangka siap sebelum masuk musim kemarau dan dijangka dapat digunakan ketika bulan puasa. Aktiviti melibatkan semua warga kerja guru dan beberapa pihak termasuk pihak polis marin dan penduduk kampung.





Aksi lincah orang lama dengan pengalaman dalam bidang menyawit amat membantu dalam mengorek perigi ini.

Para penonton..... kebanyakannya bapak-bapak semuanya ada di sini.














Aktiviti ini tergendala akibat aliran air yang terlalu deras sehingga pam yang menyedut air tidak dapat mengosongkan perigi untuk digali dengan lebih dalam. Paip pvc dan penyambung paip juga diperlukan untuk sistem pam ini berjalan lancar tanpa ada kebocoran udara di dalam paip. Kerja-kerja ini diketuai oleh Mat Pit (bukan nama sebenar) dan diharap dapat mengisi masa senggang sewaktu berada di Pulau Pemanggil.

Ada helikopter polis membawa KDN/KA dan Komander PPM datang melawat pulau...
 Ada nurse yang masih bujang...








Ada air kelapa muda untuk tetamu yang bertandang...





Thursday, October 13, 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU PEMANGGIL

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU PEMANGGIL:






SK. Pulau Pemanggil di buka pada 1955. Sekolah yang asal terletak di Kg. Pak Kaleh dan kemudiannya berpindah ke Kg. Buau pada tahun 1973. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu separuh kekal dan sebuah rumah guru. Guru Besar dan Guru-Guru mendiami rumah yang sama. Bilik-bilik khas seperti tandas, setor sukan, bilik perpustakaan, bilik kemahiran hidup dan bilik Guru Besar diubah-suai sendiri oleh pentadbir sekolah di dalam bangunan yang sama. 2 buah bilik darjah bilik darjah dengan kelas cantum.





Pada tahun 1991, bangunan sekolah kekal dibina dengan kemudahan; 2 bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik Guru Besar, 2 tandas murid dan sebuah setor. Pada tahun 2002 telah kerajaan telah membina 4 pintu rumah guru kekal, stor perabut, setor generator. Tahun 2005 sebuah bangunan sekolah tambahan yang baru dibina untuk bilik khas dan dewan sekolah.