Search This Blog

Wednesday, November 7, 2012

PERKHEMAHAN PKK 2012

Perkhemahan Pengakap merupakan acara tahunan bagi SK Pulau Pemanggil setiap kali menjelang hujung tahun. Kebiasaannya murid tahap 2 (tahun 4,5,6) perlu mengikuti perkhemahan ini. Tetapi memandangkan bilangan peserta yang terlalu sedikit, semua murid dimestikan mengikuti perkhemahan ini untuk memeriahkan suasana.

.
 Para peserta badan beruniform Pengakap Kanak-Kanak (PKK) sedang giat mendirikan khemah dan melakukan kerja-kerja mengumpul kayu api, memasak dan membersihkan kawasan perkhemahan.
 Guru-guru menyalakan unggun api untuk menghalau nyamuk
dan mendapatkan bara api untuk memasak.
 Ustaz Nazalrudin dan Ustaz Hafiz sedang  asyik
memerhatikan PKK melakukan aktiviti.
 
Proses membuka khemah untuk disimpan setelah berkhemah di tepi laut.
Pelbagai pengalaman dan ilmu berkelana dapat dipelajari oleh peserta.

Kerja-kerja membersihkan pantai setelah selesai berkhemah penting untuk menjaga kebersihan Pulau Pemanggil yang indah ini.




Taklimat akhir sebelum menamatkan perkhemahan PKK dan post-mortem untuk mengenalpasti kelemahan untuk dibaiki di masa hadapan.

;-) Sekian...

Friday, October 5, 2012

MASAK MEMASAK DAN MAKAN MEMAKAN


Menu 1: Laksa Utara


Apabila banyak ikan kembung, boleh la buat kuah laksa. Agak leceh sikit nak buat sebab kena asingkan isi ikan yang telah direbus dengan menggunakan garfu. Barang2 dan bahan2 pun agak susah nak cari di sini.

Menu 2: Burger Malaysia


 
Buat doh dan kena perap dulu bagi kembang. Kena uli-uli dan masukkan inti ke dalam doh. 
Pastu baru baru boleh goreng / kukus.

Menu 3: Kek Sponge

Beli campuran segera dan buat ikut arahan pada paket saja. Hahahaha. Senang. Piece of cake!

Menu 4: Popia

 

Popia ni kena balut dan goreng. Senang juga nak buat. Tapi kena ada kulit popia la. 
Popia basah tak reti nak buat kulit dia. Susah sikit teknik dia.

Menu 5: Murtabak



Tukang masak ni mungkin dari keturunan mamak. Sebab tu dia pandai buat murtabak. 
Ada murtabak pisang, sardin, ayam, ikan dan susu.

Menu 6: Cucur


Campurkan tepung2 dan bahan2 lalu digoreng sehingga kuning keemasan. Siap untuk dimakan.

Menu 7: Agar-agar Bandung


Kena pergi Bandung, Indonesia, baru boleh buat agar-agar ni.

Menu 8: Karipap Sardin


Kena buat doh karipap, uli-uli dan masukkan inti ke dalam doh. Pakai acuan karipap senang. 
Karipap gergasi / gemuk yang telah dihasilkan. Errrppp..

Menu 9: Sotong Sumbat


Sumbat sotong dengan pulut yang telah dikukus, pastu masak bersama kuahnya. Ikut resepi saja.

Menu 10: Pulut Panggang

  Pulut kukus dibalut dengan daun pisang dan diisi inti udang kering. Kena bakar pula lepas tu.

Menu 11: Ikan Bakar


Menu ni paling senang. Siang ikan pastu letak garam kunyit dan bakar. Cepat dan mudah. Kalau ada air asam / garam belacan / budu / cencalok buat cicah, baru layan..


Menu 12: Landak Bakar

Tangkap landak, sembelih, letak garam kunyit, bakar dan makan. Rasanya macam landak. Hahaha.

Menu 13: Lobster Fresh

Kena masak dulu la baru boleh makan.

MAKAN LAAA.. TUNGGU APA LAGI HAAA???

Thursday, June 28, 2012

AKTIVITI - AKTIVITI KETIKA BOSAN


Mat Pit (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemikir yang suka memikirkan apa yang dapat dilakukan ketika bosan semasa waktu senggang sewaktu berada di Pulau Pemanggil. Antara aktiviti masa lapang yang sedang berjalan ketika ini ialah pembinaan 'pelenggaq' yang dijangka siap dalam tempoh setahun (siap pada November 2012) dan gali perigi yang dijangka siap sebelum masuk musim kemarau dan dijangka dapat digunakan ketika bulan puasa. Aktiviti melibatkan semua warga kerja guru dan beberapa pihak termasuk pihak polis marin dan penduduk kampung.





Aksi lincah orang lama dengan pengalaman dalam bidang menyawit amat membantu dalam mengorek perigi ini.

Para penonton..... kebanyakannya bapak-bapak semuanya ada di sini.














Aktiviti ini tergendala akibat aliran air yang terlalu deras sehingga pam yang menyedut air tidak dapat mengosongkan perigi untuk digali dengan lebih dalam. Paip pvc dan penyambung paip juga diperlukan untuk sistem pam ini berjalan lancar tanpa ada kebocoran udara di dalam paip. Kerja-kerja ini diketuai oleh Mat Pit (bukan nama sebenar) dan diharap dapat mengisi masa senggang sewaktu berada di Pulau Pemanggil.

Ada helikopter polis membawa KDN/KA dan Komander PPM datang melawat pulau...
 Ada nurse yang masih bujang...








Ada air kelapa muda untuk tetamu yang bertandang...