Search This Blog

Thursday, June 28, 2012

AKTIVITI - AKTIVITI KETIKA BOSAN


Mat Pit (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemikir yang suka memikirkan apa yang dapat dilakukan ketika bosan semasa waktu senggang sewaktu berada di Pulau Pemanggil. Antara aktiviti masa lapang yang sedang berjalan ketika ini ialah pembinaan 'pelenggaq' yang dijangka siap dalam tempoh setahun (siap pada November 2012) dan gali perigi yang dijangka siap sebelum masuk musim kemarau dan dijangka dapat digunakan ketika bulan puasa. Aktiviti melibatkan semua warga kerja guru dan beberapa pihak termasuk pihak polis marin dan penduduk kampung.





Aksi lincah orang lama dengan pengalaman dalam bidang menyawit amat membantu dalam mengorek perigi ini.

Para penonton..... kebanyakannya bapak-bapak semuanya ada di sini.














Aktiviti ini tergendala akibat aliran air yang terlalu deras sehingga pam yang menyedut air tidak dapat mengosongkan perigi untuk digali dengan lebih dalam. Paip pvc dan penyambung paip juga diperlukan untuk sistem pam ini berjalan lancar tanpa ada kebocoran udara di dalam paip. Kerja-kerja ini diketuai oleh Mat Pit (bukan nama sebenar) dan diharap dapat mengisi masa senggang sewaktu berada di Pulau Pemanggil.

Ada helikopter polis membawa KDN/KA dan Komander PPM datang melawat pulau...
 Ada nurse yang masih bujang...








Ada air kelapa muda untuk tetamu yang bertandang...





2 comments:

  1. Salam Admin aka Tuan Tanah..syabas diatas kecekalan anda untuk manaburkan bakti biar pun jauh dari segala prasarana dan kemudahan asas seperti yang dinikmati oleh penduduk di bandar mahu pun kami di Pulau Tinggi ini ...Terima Kasih kerana mampu mengemaskini blog biarpun talian anda mungkin tidak selaju talian kami disini...teruskan usaha murni saudara...

    ReplyDelete
  2. Grand Victoria Casino - Mapyro
    Directions 밀양 출장마사지 to Grand Victoria Casino (Quilcen) with public transportation. The following transit lines have routes that 서울특별 출장샵 pass 김포 출장마사지 near Grand Victoria 의정부 출장안마 Casino. The following 1xbet korean

    ReplyDelete